Cascada Everytime We Touch

Friday 27 December 2013

Cerita tentang alat parut kelapa tradisional


Haa?korang tahu tak ini apa?apa fungsi benda ni?Inilah alat parut kelapa tradisional,kalau di kelantan..famous dengan nama koghe @ kokok nyor.Fungsi benda ni untuk parut isi kelapa.Aku dah lama tahu benda ni tapi nama famousnya dlm dialek kelantan jer aku tak tahu.Nak bercerita pasal parut kelapa ni,lawak tak lawak..belakang kira..jom tengok dialog ni :

Mama:kak g ambik koghe umoh umi meta. [kak,pegi ambil koghe rumah umi kejap]
Aku:haa?koghe?apa itu koghe? (menggaru kepala)
Mama:g ambik jela. [pegi ambil jerla]
Aku:ohh,okey.(sambil berjalan pegi rumah umi)
(Sampai di kediaman umi)
Aku:umi,mama nok koghe.Umi,koghe tu gapo heh,ore tok pehe pah tok tahulah. [umi,mama nak koghe.Umi,koghe itu apa hah,sy tak faham dan tak tahu]
Umi:hah (terkejut),tok tahu koghe tu gapo,koghe tu kokok nyor lah,zame loni ore guno mesin nyor. [hah (terkejut),tak tahu apa itu koghe,koghe itu memarut isi kelapa,zaman sekarang orang guna mesin parut kelapa]
Aku:ohh,spesies tu..ingat ko gapo. [ohh,spesies itu..ingatkan apa]
Umi:budok zame modern l0ni berat sungguh [budak zaman modern sekarang parah]

#itulah aku,walaupun anak kelantan,xsemestinya kita tahu semua benda dalam dialek kelantan,aku dilahirkan zaman modern bukan zaman tradisional...

Thursday 26 December 2013

Resepi Sup Ikan Merah

Hari ni mood nak share resepi masakan jenis ikan aje...hari ni mrsdream nak share resepi ikan merah masak sup..macam sedap aje..
Bahan A
-1 ekor ikan merah (saiz sederhana besar)
-1 bungkus sup bunjut
-3 cawan air
-1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
-Daun sup
-Daun bawang
-3 biji tomato (dihiris empat)
-Garam secukup rasa
-1 sudu besar minyak masak

Bahan B (Dihiris)
-3 biji bawang merah
-1 ulas bawang putih
-3 sentimeter halia

Cara Membuat
1.Bersihkan ikan dan toskan.
2.Panaskan minyak ke dalam periuk.Tumiskan bahan 
   yang dihiris hingga wangi.
3.Masukkan air,lada hitam dan sup bunjut.
4.Apabila mendidih,masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam.
   Biarkan mendidih kemudian tutup api.
5.Taburkan daun sup dan daun bawang (bawang goreng juga boleh ditaburkan jika anda suka)
6.Sedia dihidangkan.

#sup ni kalau dihirup musim hujan best jugakkan ;)


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Hari ni mrsdream nak share salah satu masakan kegemaran mrsdream,ikan masak tempoyak.Memang best and kaww lah!!


Bahan A
-1 ekor ikan patin (500 gram)
-2 helai daun kunyit (dikoyak)
-5 sudu besar tempoyak
-2 cawan air
-Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)
-5 biji cili merah
-10 biji cili api
-2 sentimeter kunyit

Cara Membuat
1.Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.Kemudian ditoskan.
2.Masukkan semua bahan ke dalam periuk .
3.Masakkan hingga mendidih.
4.Sedia untuk dihidang.

#senang ajekan,kalau baca resipi dengan betul,confirm menjadi punya ikan masak tempoyak ni.

Tuesday 24 December 2013

Resepi Pavlova

Berkongsi resepi pavlova ni,sape teringin nak makan pavlova tapi tak tahu nak beli kat mana,tak payah berfikir panjang nak cari pavlova,apa salahnya kita belajar buat pavlova,senang aje.Yang penting baca leklok resepi ni dan cuba buat perlahan2,insyaallah hasilnya memauaskan.
Semasa nak buat meringue,TOLONG gunakan STAND MIXER/HAND MIXER,okey :)
macam sedap je :)


Bahan2 untuk 'meringue'
-4 biji telur
-3/4 cawan gula kastor
-1 sudu besar tepung jagung
-1 sudu besar cuka makan
-1 sudu teh esen vanilla
Haa!senang aje kan,itu jer bahan nak buat meringue

Atas tu gambar whip topping yg mrsdream guna (sory cik epal sbb copy gmbar awk)
Bahan topping
-1/2 cawan whipping cream
Tak tahu nak dapatkan kat mana whip topping,jangan risau,boleh dpatkan di kedai kek,mrsdream lebih suka guna whip topping yang jenis camtu,rasanya ala2 ice cream gitew..harganya murah aje ;)
Pastikan guna mixer untuk buat topping ni ye :)


Buah-buahan segar.Mrsdream just gunakan buah strawberri dan kiwi jer,kalau nak kasi menyerlah sikit,korang boleh letakkan buah anggur ataupon mangga,haa baru colourful :)


First nak buat pavlova,korang pukul 4 biji telur guna stand mixer/hand mixer.Biar kasi kembang dan berbuih2 ye.

Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.Dah masuk sedikit,pukul dgan stand mixer/hand mixer tu,buat camtu sampai habis gula kastor tu.

Pukul sampai meringue tuh jadi berkilat (macam gambar di atas).Kalau nak tahu meringue tuh dah jadi ke blom,cuba terbalikkan bekas yang berisi meringue tuh ke atas kepala.Kalau meringue tuh tak jatuh maknanya dah berhasil.

Masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla ke dalam adunan meringue,dan kacau laju2 macam zero fighter.Kena guna spatula,jangan pakai sodek buat goreng ikan tu pulak.


Lepastu,kepetepikan sekejap si meringue tuh ye,korang ambil loyang dan letak baking paper.
Lepas korang bentukkan bulat tuh menggunakan pensil,terbalikkan baking paper tuh ye.Utamakan kebersihan :)


Then,ambil meringue dan tuangkan atas baking paper tuh,dan bentukkan meringue tuh mengikut bentuk yang anda suka,ada orang buat bentuk petak tapi mrsdream lebih sukakn pavlova berbentuk bulat.
Panaskan oven dengan suhu 150C dengan 15 minit.Then turunkan suhu kepada 140C dan bakar selama 1 jam (mengikut oven masing-masing)
AMARAN:Dah masak pavlova,jangan terus keluarkan dari oven,biar kasi pavlova tu sejuk dalam oven,buka pintu sikit untuk sejukkan pavlova.Dah sejuk baru boleh keluarkan.


Kemudian pukul whipping cream  tu bagi kental.Lepastu  ambil spatula  sapukan atas 'meringue' tu.


Selepas di tacap2 dgn whipping cream,INGAT!!jangan tacap terlalu banyak whipping cream tu dekat meringue,yang sedang2 saja ye.


Dah nak siap ni,sikit aje lagi.Korang bleh lah main tabur2 buah tapi jangan tabur suka hati plak,nanti tak cantik plak si pavlova korang tu.Kalau disejukkan dalam peti lagi rasa mantap :)


Pavlova ni rasanya manis.Luarnya rasa macam crispy crunchy gitew..dekat dalamnya rasa lembut macam marshmallow.Lepas di combine dengan wihipping cream and bua-buahan tadi,alahaii memang superbest power lah katakan,rasa sweet sour gitew.Korang boleh bayangkan lah macammna ye :)








Wednesday 18 December 2013

Result PMR Ku

Assalamualaikum guys,salam 19/12/13..tarikh yg sgt mendebarkan bagi plajar PMR macam saya ni haa..Firstly,congratulations to batch 98 yg mndapat staright A's..huhu.Bercerita tentang result saya,alhamdulillah...semuanya lulus.Cukup2 makan katakan..daripada takde langsung..betol tak..tapi hakikatnya sedih gak sebab xdapat banyak A..tapi bersyukurlah dengan apa yang ada.PMR hanya menentukan aliran kita,tetapi SPM menentukan masa depan kita ;)

Saturday 14 December 2013




testing...testing





Kenali Mrs Dream


NAMA PENUH : Nur Auni Atira Bt Ramli
NAMA PANGGILAN : Auni
UMUR : 15 Tahun
LAHIR : 22 Mei 1998
ASAL : Tanah Merah,Kelantan
HOBI : Shopping,Mengkaji,Membaca & Menangkap Gambar
CITA2 : Doktor
                              -Twitter : https://twitter.com/Auni_Ramli
                              -Instagram : officialauniramli


Friday 13 December 2013

Andai kata senyumanku ini terhenti,itu bermakna ku berputus asa untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.Tetapi aku tahu senyumanku kan terus terukir kerana terlalu ramai yang menyayangi ku,dan aku berasa bersyukur dengan semua itu.Tanpa mereka,siapalah aku.

Putus cinta lagi :'(

"I love u eby" , "I miss u eby" .Dua ayat amat bermakna bagi aku,tetapi bagi si dia mungkin gurauan shj.Aku tak sangka,cinta kami berakhir dengan teka teki.Kenapa dia tinggalkan aku sedangkan aku amat mencintai dia,sedangkan aku setia padanya,sedangkan aku selalu menunggu kepulangan dia.Kenapa dia tidak pernah hargai cinta aku?Desas desus bermain dlm fikiran aku,adakah dia ikhlas mencintai aku atau hubungan itu hanyalah satu drama?Aby,kenapa mudah sangat kau berubah,dulu kau seorang yang caring tetapi kenapa sekarang kau seorang yang egois.Aku selalu menanti peluang kedua untuk kita teruskan hubungan ini,tetapi kau langsung tak hiraukan.Kenapa aby disaat aku sudah jatuh cinta pada lelaki lain,kau baru tahu erti "hati hancur"..kenapa kau baru tahu erti "rindu dan cinta".Dulu,kau xhargai aku..tp setelah aku pergi,baru kau nak rasa dihargai.Kenapa?Kenapa?Kenapa?Mohon kau berikan jawapan sebenar.

Thursday 12 December 2013

Majlis Konvokesyen ke 26

Firstly,congratulations to my sista yang dah graduate Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian.Inilah detik kebahagiaan keluarga mrs.dream...ku tumpang bahagia atas kejayaan kakakku walaupun mendapat second class.Tak akan ku lupa detik2 ini..i love my family so much. 

Menanti 19/12/13

Assalamualaikum,hari ni (12/12/13) mrs.dream rasa tak tentu arah jer.Selepas dapat tahu KPM umumkan tarikh keputusan PMR keluar pada 19/12/13,terkezzot stomach mrs.dream.Mrs.dream sebenarnya tak sabar nak tahu result PMR yang mrs.dream punya tetapi dalam masa yang sma mrs.dream rasa nervous sangat2.Mohon korang tolong doakan mrs.dream dapat result yang gempak.

Salam perkenalanku sesi pertama

Assalamualaikum warrah matullah hiwabarakatuh...salam perkenalan daripada saya Nur Auni Atira ataupun dikenali Mrs.Dream (perasannya aku).Malam ini (12/12/13) saya baru shj rmenyiapkan blog saya ini wlaupun 70% masih lagi dalam perjalanan.Saya akui membuat blog ni seperti mendaki gunung,perlukan usaha yang tinggi,sebab bagi saya blog ni cerewet sikit,banyak benda kena buat,itulah inilah tp saya amat berminat untuk berkongsi dengan korang tentang diri saya ataupun resepi2 masakan.Saya ini baharu sahaja aktif dalam blog dan kalau boleh saya memohon jasa baik daripada korang memberi sedikit tunjuk ajar tentang blog,contohnya macammana caranya untuk menghias blog..bak satu pepantun Buah Cempedak Di Luar Pagar,Ambil Galah Tolong Tunjukkan,Saya Budak Baru Belajar,Kalau Salah Tolong Tunjukkan,sekian sahaja salam perkenalan saya sesi pertama,harap korang sudi 'follow' blog saya yang serba kekurangan ini.